PERBUATAN tidak senonoh sepasang kekasih berjaya dihidu seorang pengawal keselamatan yang mengesyaki mereka cuba melakukan hubungan intim dalam kereta.
Kejadian itu berlaku pada pagi Isnin lalu di kawasan parkir Masjid Quba, Madiun, Jawa Timur, Indonesia.
Insiden bermula apabila pengawal keselamatan masjid berasa curiga terhadap sebuah kereta yang berhenti terlalu lama.
Hasil pemeriksaan mendapati pasangan terbabit sedang melakukan aksi mencurigakan di dalam kenderaan tersebut.
Dalam keadaan panik, remaja lelaki di dalam kereta berkenaan menutup tingkap secara tergesa-gesa sehingga tangan pengawal keselamatan tersepit menyebabkan dia menjerit kesakitan.
Kekecohan itu menarik perhatian orang ramai yang kemudian menghampiri lokasi kejadian.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Peraturan Daerah, Pengawal Keselamatan Madiun, Danny Yudi Satriawan berkata pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
Dia menjelaskan, remaja lelaki itu masih berpakaian seragam sekolah manakala pasangannya dipercayai seorang mahasiswi.
Siasatan awal juga mendapati ini merupakan kali pertama mereka berbuat demikian.
Keluarga kedua-dua pihak kemudian dipanggil untuk sesi kaunseling.
Kes berkenaan diselesaikan secara kekeluargaan memandangkan salah seorang daripada mereka masih di bawah umur. -Agensi