KISAH kematian Tiara Angelina Saraswati bukan sahaja menggemparkan Indonesia, malah turut menjadi bualan sehingga ke negara-negara jiran.
Wanita berusia 25 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dikerat kepada ratusan bahagian.
Paling mengejutkan, kekasih mangsa iaitu Alvi Maulana, 24, ditahan dan dinamakan sebagai suspek utama kes pembunuhan berkenaan.
Berikut kronologi membabitkan kes berkenaan:
30 Ogos 2025 (Sabtu)
Sekitar 9.30 malam, Alvi pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Sidoarjo di Surabaya untuk menjemput adiknya, kemudian menghantarnya ke Jombang.
Susulan perjalanan itu, dia hanya pulang ke bilik sewanya di Mojokerto pada waktu tengah malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Penduduk kampung jumpa puluhan potongan daging manusia dalam semak… Saksi nampak ada kaki kiri, berkulit cerah
Bilik sewa itu turut didiami oleh kekasihnya, Tiara.
Walaupun Alvi sudah memaklumkan dia pulang lewat, Tiara masih marah dan mengunci pintu dari dalam.
Sebahagian mayat Tiara dibuang di kawasan semak, ditanam dan disimpan dalam laci.
Alvi gagal masuk ke bilik itu dan terpaksa menunggu di luar selama sejam sebelum Tiara akhirnya membuka pintu.
31 Ogos 2025 (Ahad)
Tiara masih marah dan terus merebahkan badan untuk tidur selepas dia membuka pintu, manakala Alvi pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau.
Sekitar pukul 2 pagi, Alvi menikam leher Tiara dan memotong anggota badannya.
Alvi menggunakan sebuah motor Yamaha NMax putih untuk keluar membuang cebisan mayat mangsa sekitar pukul 4 pagi.
Alvi tiba di jalan Pacet-Cangar, Dusun Pacet Selatan kira-kira pukul 5.30 pagi dan membuang sebahagian mayat mangsa ke dalam semak.
Sebahagian tulang dan gigi mangsa disimpan di dalam laci di bilik sewa, manakala mata dan cebisan kulit diletakkan di dalam almari.
Tulang-tulang yang lain ditanam di kawasan sekitar, termasuk tulang punggung, tangan, dan kaki.
6 September 2025 (Sabtu)
Seorang individu dikenali sebagai Suliswanto membuat laporan selepas menjumpai potongan tapak kaki kiri mangsa dalam kawasan semak di Dusun Pacet Selatan sekitar pukul 10.30 pagi.
Polis mendedahkan Alvi pernah menyembelih haiwan.
Pada hari sama, sekitar pukul 7 malam, unit penyiasat jenayah Polis Mojokerto berjaya mengenal pasti identiti mangsa menggunakan potongan telapak tangan yang ditemui oleh anjing pengesan.
7 September 2025 (Ahad)
Polis melakukan operasi memburu Alvi sebelum pemuda itu ditangkap pada pukul 1 pagi.
Polis turut menjumpai sebahagian tubuh mangsa selepas menggeledah kediaman itu.
Alvi disiasat mengikut undang-undang (Pasal 340 KUHP) dan juga Pasal 338 KUHP dan berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Berdasarkan siasatan, Ketua Polis Daerah Mojokerto, Ihram Kustarto berkata suspek mempunyai berpengalaman menyembelih haiwan.
"Tubuh mangsa diperlakukan seperti potongan daging haiwan yang hendak dijadikan hidangan. Betul-betul dipotong sampai kecil," kata Ihram.
Jelasnya lagi, perbuatan memotong organ tubuh menjadi ratusan bahagian dalam masa yang singkat sudah tentu memerlukan kemahiran khas.
"Dia juga berpengalaman sebagai penyembelih haiwan korban ketika sambutan Aidiladha," kata Ihram lagi.