suria

[V] Lelaki gembira tak mati digilis kereta api, rai kejayaan buat 'content'

Aksi seorang lelaki berbaring di landasan kereta api. -Foto X

SEORANG lelaki sanggup melakukan aksi berani mati dengan meniarap di atas landasan kereta api semata-mata untuk merakam video ‘reels’.

Dalam rakaman 36 saat tersebut [Tonton Video], lelaki itu pada awalnya dilihat tersenyum ke arah kamera sebelum berlutut dan meniarap di atas landasan. 

Beberapa saat kemudian, sebuah kereta api meluncur laju di atas tubuhnya, manakala dia kekal kaku di tempat dia meniarap.

Selepas kereta api berlalu, lelaki terbabit bangun dan kelihatan meraikan aksinya bersama seorang rakan yang dipercayai menjadi jurukamera.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan, namun dipercayai di India.

Video berkenaan dikongsi di platform X oleh pengguna bernama Nidhi Ambedkar pada Ahad, dan setakat ini telah meraih lebih 467,000 tontonan serta 5,700 tanda suka.

Di India, berjalan di atas landasan kereta api adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 147 Akta Kereta Api India 1989.

Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga Rs 1,000, (RM56), atau kedua-duanya sekali.-Agensi

Artikel Lain