suria

Selepas setahun putus cinta, influencer dakwa bekas teman lelaki dalang sebar video intim

Ladera mendakwa bekas teman lelakinya menjadi dalang penyebaran video seks.

VIDEO intim membabitkan seorang pempengaruh bersama bekas teman lelakinya yang tersebar di internet mencetuskan perhatian ramai.

Pempengaruh itu, Isabella Ladera, tampil membuat penjelasan di media sosial dan mendakwa video itu disebarkan oleh bekas pasangannya sendiri.

“Hati saya hancur. Saat intim dan peribadi saya tersebar tanpa izin, satu pengkhianatan paling kejam yang pernah saya alami.

"Video itu hanya berada dalam simpanan dua orang sahaja, iaitu saya dan dia,” tulis wanita berusia 26 tahun itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan berubah sikap sejak jadi influencer, ajak lepak tapi sibuk buat live TikTok - “Sumpah tak dengki dia popular”

Pempengaruh dari Venezuela itu juga mendakwa bekas kekasihnya cuba merosakkan imejnya sebagai seorang figura awam.

“Tindakan ini bukan sekadar mengancam privasi, malah menjejaskan maruah serta menyebabkan penderitaan kepada saya dan keluarga.

“Paling teruk, saya menjadi sasaran kebencian dan kecaman, sedangkan individu yang sebenarnya bertanggungjawab terus berdiam diri,” tulisnya.

Ladera juga nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya.

Untuk rekod, Ladera mengumumkan perpisahan dengan lelaki itu pada Julai 2024.

Ladera memiliki 6.2 juta pengikut di aplikasi Instagram. -Agensi.

Artikel Lain