TIADA sebarang sesalan.
Itulah gambaran seorang lelaki berusia 30-an yang tergamak menembak mati isterinya di khalayak ramai dalam kejadian pada 12 September lalu.
Menurut polis, suspek, Arvind Parihar, tersenyum ketika disoal siasat dan mendakwa dia berasa bebas daripada pertengkaran harian selepas pembunuhan itu.
Dia juga berkata satu-satunya penyesalan hanyalah kerana isterinya tidak mati di hadapannya.
Kejadian berlaku di hadapan Stadium Kriket Roop Singh, Gwalior, India.
Mangsa, Nandini Kewat, ketika itu baru sahaja keluar dari balai polis bersama teman lelakinya, Ankush Pathak, selepas membuat aduan terhadap suami.
Arvind kemudian menghampiri mereka sebelum melepaskan lima das tembakan menggunakan senapang jenis 315 bore.
Empat peluru mengenai tubuh Nandini sehingga dia rebah berlumuran darah.
Mangsa sempat dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.
Lebih mengejutkan, Arvind sempat melakukan siaran langsung di Facebook sambil memegang senapang ketika isterinya parah ditembak.
Dia mendakwa Nandini memfailkan laporan palsu atas desakan teman lelaki.
Siasatan mendapati pencetus kemarahan Arvind adalah sebuah video dimuat naik Nandini empat hari sebelum kejadian, memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran Ankush.
Bedah siasat dilakukan pada Sabtu, manakala Arvind kini masih direman untuk siasatan lanjut termasuk. -Agensi