suria

Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah, tertiarap dalam semak... Bapa mentua, adik ipar suspek utama!

Jasad mangsa ditemukan di kawasan semak dengan kesan berlumuran darah.

SEORANG lelaki ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di kawasan semak dipercayai akibat dibunuh pada 12 September lalu.

Mangsa yang memakai baju kemeja dan seluar pendek dikenali sebagai Lekat, 29 tahun, ditemukan tertiarap dengan beberapa kesan luka pada tubuhnya.

Kejadian berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia.

Polis yang tiba di lokasi segera melakukan siasatan dan membawa mayat mangsa ke Hospital Umum Daerah Talang Ubi untuk bedah siasat.

Dalam tempoh kurang 24 jam, polis akhirnya berjaya menahan dua suspek iaitu LK, 50, dan anaknya FZ, 19 tahun.

Kedua-duanya merupakan bekas bapa mentua serta adik ipar kepada mangsa.

Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa sakit hati apabila mangsa bertindak meninggalkan isterinya tidak lama selepas berkahwin. -Agensi

Artikel Lain