suria

Lahir ke dunia hasil sperma diderma, pemuda sedih gagal kesan identiti bapa

Anak yang membesar tanpa kasih sayang mungkin berdepan dengan tekanan perasaan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 23 tahun meluahkan rasa sedih kerana tidak pernah mengenali identiti sebenar bapanya.

Menurut Nat Albutt, dia dilahirkan melalui prosedur persenyawaan in vitro (IVF) menggunakan sperma penderma. 

Ketika berumur 18 tahun, Albutt menghubungi Human Fertilisation and Embryology Authority (HFEA) untuk mengetahui identiti bapanya.

Dia kemudian diberi fail mengandungi maklumat penderma dan mempercayai individu yang dinyatakan itu sebagai bapanya. 

Namun, dua tahun kemudian, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan maklumat tersebut salah.

Ia sekali gus menghancurkan harapan Albutt untuk mencari bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas berjaya hamilkan tujuh wanita termasuk isteri kawan sendiri, lelaki ini makin rancak iklan khidmat derma sperma

“Bertahun-tahun saya percaya maklumat yang salah tentang latar belakang saya,” kata Albutt kepada Channel 4 News.

Selain Albutt, ramai lagi individu yang dilahirkan melalui pendermaan sperma menghadapi situasi sama. 

Setakat ini, lebih kurang 20 kes dikenal pasti yang mana maklumat mengenai bapa sebenar tidak tepat, dipercayai berpunca daripada data terhad di beberapa klinik.

Menurut HFEA lagi, lebih 2,800 kanak-kanak dilahirkan melalui penderma sperma di United Kingdom setakat tahun 2019.

Sebagai peringatan, perbuatan menderma sperma adalah haram di sisi agama Islam. -Agensi.

Artikel Lain