SEORANG lelaki berusia 23 tahun berdepan detik mencemaskan apabila motosikal yang ditungganginya tersesat ke dalam hutan selepas mengikuti arahan sistem navigasi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam Isnin lalu itu, Punnyawat Buddachun, seorang ahli fisioterapi akhirnya terpaksa berjalan kaki sejauh lebih dua kilometer untuk mendapatkan bantuan.
Yayasan Penyelamat Sawang Boriboon, Pattaya, Thailand menerima laporan mengenai seorang individu yang terkandas di kawasan hutan dalam Mukim Pong, dekat Bang Lamung, wilayah Chon Buri.
Pasukan penyelamat segera mengerahkan kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kejadian dengan bantuan polis.
Ketika ditemui, Punnyawat dalam keadaan diselaputi tanah dan keletihan.
Motosikalnya pula terjatuh di lereng bukit curam dan mengalami kerosakan ringan.
Menurut Punnyawat, dia pada awalnya dalam perjalanan ke Air Terjun Krok Ma Tai untuk mengambil gambar.
Namun, system navigasi yang digunakan telah mengarahkannya ke laluan berbahaya yang bermula dari Lebuhraya 331, merentasi cerun curam, aliran air dan kawasan hutan yang tebal.
Ketika hari mula gelap, motosikalnya tergelongsor ke lereng bukit menyebabkan dia berjalan kaki bagi mencari bantuan. -Agensi