suria

Aksi ‘stunt’ atas motor tular di Instagram, polis tahan influencer lelaki

Aksi menunggang motosikal secara bahaya boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain. -Gambar hiasan

SEORANG pempengaruh media sosial ditahan kerana melakukan aksi lagak ngeri dengan menggunakan sebuah motosikal.

Menurut polis India, suspek dikenali sebagai Ansh Vikas Chopra membuat rakaman aksi 'stunt' itu di Andheri, Mumbai.

Chopra sebelum ini memuat naik beberapa video pendek di Instagram yang memaparkannya aksi lagak ngeri ketika menunggang motosikal.

Minggu lalu, dia sekali lagi merakam video menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebelum ia tular di Instagram.

Polis mengambil tindakan selepas seorang penduduk tempatan, Sanjay Waghmare, tampil membuat aduan di Balai Polis Versova.

Dia ditahan dan kemudian dibebaskan selepas diberikan notis, kata pegawai polis. -Agensi.

Artikel Lain