SEORANG pengurus fasiliti di sebuah hospital ditahan atas dakwaan merogol beberapa kakitangan wanita.
Kejadian itu didakwa berlaku di fasiliti perubatan milik kerajaan di Panskura, Bengal, India.
Ia terbongkar selepas salah seorang mangsa membuat laporan terhadap suspek di Balai Polis Panskura.
Semua mangsa merupakan pekerja kontrak di hospital itu.
Ketika soal siasat, salah seorang mangsa mendakwa dia dirogol di dalam pejabat suspek.
Tambah mangsa lagi, dia turut diugut bunuh dan ditamatkan kontrak sekiranya membuat aduan.
Pihak pengurusan hospital bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. -Agensi.