suria

Janda bersekedudukan dengan nelayan dipukul, kepala dicukur separuh!

Menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah tergolong dalam perbuatan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita dan pasangannya dipukul serta dimalukan di khalayak ramai oleh ahli keluarganya sendiri pada Sabtu lalu.

Mangsa merupakan seorang janda yang pernah berkahwin selama 15 tahun itu berpisah dengan bekas suaminya selepas hubungan sulitnya dengan seorang nelayan terbongkar.

Kemarahan keluarganya memuncak apabila mereka menemui wanita tersebut di rumah nelayan berkenaan di Kanakapura, Bengaluru di India.

Pasangan itu kemudian ditarik keluar ke jalan, dipukul menggunakan selipar, sebelum kepala mereka dicukur separuh sebagai bentuk penghinaan.

Polis yang tiba segera mengawal keadaan dengan lima daripada tujuh suspek ditahan dah sudah didakwa mengikut beberapa peruntukan undang-undang.

Kedua-dua mangsa pula dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan, manakala wanita tersebut kemudian ditempatkan di pusat pemulihan bagi menerima kaunseling.

Bagi mengelakkan ketegangan komuniti, pihak berkuasa turut menambah bilangan anggota polis di kawasan itu serta mengadakan mesyuarat damai bersama keluarga dan pemimpin masyarakat setempat. -Agensi

Artikel Lain