suria

Remaja 17 tahun dirogol 2 pemuda bergilir-gilir dalam kereta... Mangsa kenal suspek menerusi Instagram

Ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar berusia 17 tahun mendakwa diculik dan dirogol oleh dua lelaki yang dikenalinya menerusi media sosial.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa pulang ke rumah dan mula menangis di hadapan bapanya.

Dalam laporan polis, bapa mangsa mendakwa anak perempuannya dirogol di dalam sebuah kereta oleh dua lelaki tersebut.

"Ketika dalam perjalanan ke pusat tuisyen, dua pemuda dikenali sebagai Lakshya dan Ankit berhenti di tengah jalan dengan sebuah kereta hitam.

"Mereka membawanya ke dalam kereta dengan alasan untuk menurunkannya di pusat tuisyen, walaupun dia berulang kali menolak.

"Kemudian suspek membawanya ke kawasan terpencil dan mereka merogolnya," dakwa bapa mangsa.

Kejadian itu didakwa berlaku di Gurugram, Haryana, India.

Hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan dua suspek itu menerusi Instagram, kira-kira dua bulan lalu.

Difahamkan, dua suspek itu juga masih berstatus pelajar.

Polis kini sedang menyiasat kes itu dan kedua-dua suspek masih belum ditangkap.-Agensi

Artikel Lain