suria

Guli masuk kemaluan, selaput dara kanak-kanak terkoyak... Hospital keluarkan sijil pengesahan rekonstruksi lepas pendedahan

Guli yang masuk dalam kemaluan kanak-kanak.

SEORANG kanak-kanak perempuan dilaporkan cedera selepas guli tersangkut di dalam kemaluannya ketika mandi bersendirian.

Perkara itu didedahkan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Dafnil Putra yang memaklumkan kanak-kanak berusia enam tahun itu mengalami kesakitan dan gagal mengeluarkan objek tersebut sendiri. 

Katanya, hasil pemeriksaan x-ray menunjukkan terdapat objek asing pada bahagian hujung farajnya.

Dr. Dafnil Putra (kanan) ketika menjalankan pembedahan terhadap kanak-kanak terbabit.Dr Dafnil Putra (kanan) ketika menjalankan pembedahan terhadap kanak-kanak terbabit.

"Objek itu adalah sebiji guli yang menyebabkan koyakan pada selaput dara mangsa. 

"Pembedahan segera dilakukan untuk mengeluarkan guli berkenaan sebelum prosedur pemulihan (hymenoplasty) dilakukan bagi membaiki semula kecederaan tersebut," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia pada 16 September lalu.

Selepas pembedahan, pihak hospital turut mengeluarkan sijil pengesahan rekonstruksi selaput dara bagi tujuan rasmi pada masa hadapan.

"Ya Allah, lindungilah anak-anak kami ketika mereka berada di luar jangkauan pengawasan kami, dan peliharalah mereka daripada sebarang musibah yang tidak kami sangka," katanya.

 

Artikel Lain