suria

Berang anak 7 tahun minta makan ayam, ibu hentak guna kayu penguli sampai mati

Pallavi ditahan polis atas kesalahan memukul anaknya sehingga mati.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dipukul ibunya menggunakan kayu penguli kerana meminta lauk bukan jenis vegetarian pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Yatish Deshmukh berkata, suspek dikenali sebagai Pallavi Ghumde, 40, bertindak ganas selepas anak lelakinya, Chinmay Ganesh Ghumde, meminta untuk makan hidangan ayam.

Manakala anak perempuannya yang berusia 10 tahun turut dipukul dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk dapatkan rawatan.

Kejadian meragut nyawa kanak-kanak lelaki itu berlaku di kawasan Kashipada, Palghar, Maharashtra, India.

Jeritan mangsa didengari jiran di kawasan tersebut sebelum mereka segera menghubungi polis. 

Pihak polis bersama pegawai jenayah daerah serta pegawai sub-bahagian bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat.

Kes bunuh telah didaftarkan di Balai Polis Palghar dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Yatish berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -Agensi

Artikel Lain