suria

Warga emas tak menyesal setuju potong zakar 4 inci, kini bebas kanser... Tepis ramalan doktor akan mati dalam tempoh 12 bulan

Pesakit berpeluang untuk sihat jika mereka mengikuti rawatan yang disarankan doktor. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas disahkan bebas kanser zakar selepas dia menjalani prosedur memotong sebahagian alat sulitnya.

Patrick Howard, 65, pada awalnya disahkan menghidap kanser prostat pada Oktober 2018.

Dia kemudian menjalani pembedahan membuang prostat pada tahun sama.

Kira-kira dua tahun kemudian, pesara dari Liverpool itu mula mengalami kegatalan dan kemerahan pada zakarnya.

Pada Oktober 2022, pakar mengesahkan dia menghidap kanser zakar jenis 'agresif' yang berpunca daripada human papillomavirus (HPV).

Doktor menasihatinya menjalani pembedahan penectomy, menyebabkan dua pertiga atau kira-kira empat inci zakarnya terpaksa dibuang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruam, perubahan warna kulit antara 7 tanda kanser zakar! Kadar kematian meningkat, jangan pandang ringan gejala

Pada waktu itu, doktor turut membuat ramalan yang dia hanya mempunyai baki 12 bulan untuk terus hidup.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan dan prosedur yang dicadangkan, Howard berjaya hidup sihat sehingga ke hari ini.

“Pada waktu itu, saya hanya ada kira-kira tujuh peratus peluang untuk hidup. Sekarang doktor kata saya tidak lagi berada dalam kategori hidup kurang 12 bulan.

“Kini hampir dua tahun saya hidup tanpa rawatan. Ia sesuatu yang luar biasa,” kata Howard.

Kisah mengenai Howard tular sempena Hari Kesedaran Kanser Zakar Sedunia pada 20 September lalu. -Agensi

Artikel Lain