SEORANG guru wanita berusia 29 tahun mendakwa dirogol oleh empat lelaki selepas dikurung di sebuah rumah.
Mangsa yang merupakan guru bahasa asing di sebuah sekolah swasta itu mendakwa dirinya dirogol pada Rabu lalu.
Dia membuat laporan polis keesokan harinya sebelum empat suspek ditahan pada Jumaat.
Kesemua suspek bekerja sebagai jurulatih kecergasan gim.
Menurut siasatan awal, mangsa mengenali suspek kira-kira dua bulan lalu ketika menghadiri sebuah parti.
Pada malam kejadian, salah seorang suspek menghubungi mangsa dan mengajaknya daang ke rumah.
Setibanya di lokasi, mangsa mendakwa dia bukan sahaja dirogol, malah turut dikurung di dalam bilik.
Kejadian dilaporkan berlaku di Sushant Lok-2, Haryana, India.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(5) (niat bersama), 64(1) (rogol) dan 70(1) (rogol bergilir) Akta Bharatiya Nyaya Sanhita. -Agensi.