SEORANG remaja perempuan dirawat di hospital selepas cuba membunuh diri gara-gara difitnah oleh rakan-rakan sekolahnya.
Menurut ibu mangsa, remaja itu pada mulanya mendakwa dicabul oleh pengawal keselamatan sekolahnya pada 27 September lalu.
Selepas kisah itu terbongkar, rakan-rakan sekelasnya mula menyebarkan cerita di media sosial kononnya dia dijangkiti HIV dan menghidap gonorea.
Akibat tekanan perasaan, remaja itu meneguk cecair pencuci tandas sebelum tindakan itu disedari oleh neneknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Padah ikut balik ke rumah, guru bahasa dakwa dirogol oleh 4 jurulatih gim
Dia dikejarkan ke hospital dan berada di unit rawatan rapi (ICU) selama lapan hari.
Ibu mangsa kini mendapatksan bantuan daripada Pavena Foundation for Children and Women kerana bimbang pihak sekolah tidak berupaya mendapatkan keadilan untuk anaknya.
Yayasan itu dijangka akan terus memantau perkembangan kes berkenaan dan bekerjasama Kementerian Pendidikan, termasuk menyediakan pemulihan psikologi, menguruskan perpindahan sekolah, dan meneruskan siasatan bersama pihak berkuasa.
Kejadian berlaku di Bangkok, Thailand. -Agensi.