suria

Pendakwah mohon maaf selepas video cium mulut beberapa budak perempuan tular

Gus Elham memohon maaf selepas videonya mencium kanak-kanak perempuan tersebar. -Foto media sosial

PENDAKWAH muda, Gus Elham Yahya Luqman atau lebih dikenali sebagai Gus Elham, menjadi perhatian umum selepas video memaparkan dirinya mencium beberapa budak perempuan dalam keadaan tidak senonoh ketika sesi pengajian agama tular di media sosial.

Dalam rakaman video tersebut, Gus Elham dilihat memeluk seorang budak perempuan dan menghisap pipinya, sekali gus mencetuskan kecaman hebat daripada masyarakat.

Selain itu, dia juga dilihat mencium pipi dan mulut beberapa budak perempuan lain.

Susulan kontroversi itu, Gus Elham tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.

“Saya dengan tulus memohon maaf kepada seluruh masyarakat atas penularan video tersebut yang menimbulkan kekecohan. 

"Saya mengakui bahawa ia adalah kesilapan dan kekhilafan peribadi saya,” katanya di Majlis Pengajian Islam Ibadallah di Kediri, Indonesia pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Muhammad Syafii, menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak wajar dan tidak mencerminkan akhlak seorang pendakwah.

Beliau turut menekankan pentingnya pengawasan dan teladan yang baik dalam ruang keagamaan awam.

Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa kementeriannya akan memperkukuh pemantauan terhadap aktiviti keagamaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. -Agensi

Artikel Lain