MOMEN seorang wanita Australia melafazkan dua kalimah syahadah sebelum diijab kabul mengundang rasa pilu penduduk setempat.
Tambahan pula nada suaranya penuh kelembutan dan keyakinan ketika mengikut bimbingan penghulu.
Setelah secara rasmi memeluk agama Islam, dia melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan di Lombok, Indonesia.
Menerusi rakaman tular [Tonton Video], wanita bernama Georgia itu dilihat lancar menuturkan kalimah syahadah meskipun baru pertama kali mengucapkannnya.
Malah dia tampil anggun dengan busana kebaya labuh berwarna putih dihiasi bunga melur dan selendang dari rona sama.
Pasangannya, Indrayanto mengenakan sut hitam dan kemeja putih beserta songkok.
Kedua-dua mereka dinikahkan pada 8 November lalu dalam majlis yang sederhana.
Georgia menerima tiga gram emas sebagai mas kahwin.
Uniknya, majlis berlangsung dalam dua bahasa iaitu Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris bagi memastikan keluarga Georgia memahami inti pati program. -Agensi


