suria

Kim Seri dedah bakal berkahwin, jawab isu hutang - "Saya tak minta hantaran"

Kim Seri umum akan kahwin dalam masa terdekat.

USAHAWAN dan pempengaruh, Kim Seri mendedahkan dia bakal berkahwin dengan seorang jejaka Korea Selatan tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di media sosial, Kim Seri atau Seri Azlina berkata, minggu ini merupakan kali terakhir dia memegang status ibu tunggal.

"Minggu terakhir sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah.

"Dia bukan suami orang, masih bujang dan saya bukan milik sesiapa. Jadi?," tulisnya menerusi TikTok pada Jumaat

Dalam hantaran berasingan di Instagram Story, dia turut menjelaskan keputusannya untuk bernikah walaupun masih lagi dibayangi kontroversi hutang pakej pelancongan melibatkan pelanggannya.

Kim Seri buat bisnes kecil-kecilan untuk bayar hutang.

"Orang tanya kenapa saya kahwin dengan Amin (bakal suami) di saat saya banyak hutang? Kenapa tak bayar hutang dulu?

"Saya belum ada pendapatan untuk bayar hutang dulu dan akan mula bisnes kecil-kecilan dengan Amin.

"Amin berikan saya modal untuk mulakan bisnes supaya saya dapat refund. Amin ke hulu-hilir bersama saya ambil barang, buat pelan bisnes dan lain-lain," jelasnya lagi.

Menurut Kim Seri lagi, dia juga tidak meminta sebarang hantaran daripada bakal suaminya.

"Saya tak minta hantaran pun dekat Amin sebab Amin dan banyak bantu saya sampai ke hari ini. Terima kasih Allah hantarkan Amin pada waktu yang tepat," tulisnya.

Menurutnya lagi, perkahwinan di negara itu juga agak ringkas dan semuanya akan diuruskan oleh pihak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seri mohon maaf, janji buat bayaran balik... Minta pelanggan sabar, tak dapat langsai semua sekali gus

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seri akui gagal urus kewangan, akan ‘all out’ guna media sosial cari wang demi bayar balik kepada pelanggan

"Simple je perkahwinan cara Korea, berlangsung 30 ke 60 minit dan hanya sekali je dan semua diuruskan oleh dia.

"Kita tinggal cakap okey ke tak untuk baju dan mekap yang ada dalam pakej mereka.

"Jadi perempuan tak pening-pening nak fikir dan keluar duit, biar sebelah sana je buat," kongsinya lagi.

Untuk rekod, Kim Seri pada Disember tahun lalu menerima kecaman kerana didakwa terlibat terlibat dengan penipuan pakej pelancongan Korea Selatan.

Susulan kontroversi itu, Kim Seri turut memohon maaf dan berjanji akan membuat pembayaran semula kepada pelanggannya yang terlibat.

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?