suria

Berlaku adegan tarik rambut, cakar mencakar di rumah Jofliam… Dewi lapor polis dakwa cedera diserang Cik Epal

Dewi (kiri) mendakwa dia dikasari oleh Cik Epal (kanan).

ISTERI kepada usahawan dan pempengaruh Jofliam iaitu Emira Delyati mendakwa dia cedera akibat dikasari oleh bekas isteri suaminya, Cik Epal.

Emira atau Dewi, 28, turut memuat naik satu salinan laporan polis menerusi Instagram pada Isnin malam.

Menurut Dewi, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood melanggar perjanjian ketika dia datang ke rumahnya dan Jofliam kira-kira pukul 3 petang, Isnin.

Dakwanya, Cik Epal hanya dibenarkan berada di tingkat bawah, namun pempengaruh itu bertindak naik ke tingkat satu kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal dakwa dicakar Dewi, alami luka di mata!

“Munirah terus membuat tindakan berlari ke level satu, saya mengejar dia untuk mengingatkan dia bahawa dia tidak dibenarkan naik ke level satu.

“Saat Dewi naik, Munirah telah melempar dekorasi rumah di tangga dan menjerit. Saya cuba menghalang, sebaliknya Munirah bertindak menggunakan kekerasan terhadap saya.

“Tindakan saya selepas itu adalah untuk mempertahankan diri,” jelas Dewi menerusi kapsyen di Instagram.

Menerusi laporan polis itu pula, Dewi berkata dia mengalami luka dan calar di bahagian muka serta hidung disebabkan rambutnya ditarik, manakala wajahnya dicakar.

Cik Epal hadir ke rumah Jofliam dan Dewi untuk mengambil barang miliknya.

Dakwa wanita itu lagi, Cik Epal turut menariknya dengan kuat dan menghempasnya ke atas lantai.

Terdahulu, Cik Epal memuat naik video, mendakwa dia cedera akibat diserang oleh isteri bekas suaminya.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan penceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Jofliam dan Dewi pula mengumumkan mereka sudah bernikah 5 April lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain