suria

Cik Epal dakwa dicakar Dewi, alami luka di mata!

Cik Epal dakwa dikasari isteri bekas suaminya iaitu Dewi.

PERSONALITI media sosial, Cik Epal mengejutkan ramai dengan mendakwa dia dicederakan isteri kepada bekas suaminya.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Instagram pada petang Isnin.

"Bet*** hamak ni cakar dan lukakan mata aku. Ini la pasangan penyondol yang hamak barang-barang aku," tulisnya.

Menerusi video singkat yang dikongsi, kelihatan Emira Delyati atau Dewi menghempas pintu rumah ketika Cik Epal sedang membuat rakaman video.

Turut kelihatan dalam video itu adalah bekas suaminya, Jofliam.

Terdahulu, Cik Epal berkongsi di Instagram Story tentang rancangannya untuk berkunjung ke rumah pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam ceraikan Cik Epal... Jodoh berakhir selepas 10 tahun bersama

Ia bertujuan mengambil semula barang-barang miliknya yang masih berada dalam kediaman berkenaan.

Antaranya adalah set pinggan mangkuk, pakaian, perabot dan jam tangan yang dibeli ketika dia masih bergelar isteri kepada Jofliam.

Dalam pada itu, Jofliam menerusi Instagram Story pula berkata dia akan berkongsi kronologi kejadian dalam masa terdekat.

Jelasnya, dia juga mempunyai rakaman serta dokumen lengkap berhubung kes yang tidak dinyatakan secara jelas itu.

Namun, ia disyaki mempunyai kaitan dengan perkongsian video yang dimuat naik Cik Epal.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Artikel Lain