suria

Van terbabas masuk laluan bertentangan, dua cedera terlibat kemalangan

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

SEORANG lelaki dan seorang wanita cedera selepas terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Pusat Perdagangan Olive Seri Kembangan, pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.13 pagi dan tiba empat minit kemudian.

Menurutnya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan sebuah van terbabas memasuki jalan bertentangan dan melanggar kereta Toyota Harrier dan lori satu tan.

"Terdapat dua orang mangsa seorang lelaki dan wanita berusia 40an di dalam lori tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa lelaki mengalami patah kaki dan wanita cedera ringan diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Artikel Lain