SEORANG wanita warga emas terkejut apabila dimaklumkan perkahwinan yang dilangsungkan pada tahun 1996, tidak sah.
Lebih menambah rasa kecewa apabila dia tidak berpeluang melakukan akad nikah semula kerana suaminya telah meninggal dunia.
Kisahnya itu dikongsikan seorang peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli yang mendengar perbicaraan berhubung isu tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, Perak.
Fatwa yang dikeluarkan oleh kerajaan Perak berhubung bekas naib Qhadi Gopeng berkenaan.
"Selepas 29 tahun, baru tahu nikah tidak sah.
"Setelah disoal panjang oleh Yang Arif Hakim, rupanya makcik ini dulu pada tahun 1996 bernikah secara wali hakim nikah sindiket.
"Ini kerana ayahnya (wali sebenar) berada di luar dari Perak," jelasnya menerusi hantaran di laman Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin tahun 1988, dapat tiga anak... tahun 2022 baru tahu perkahwinan tak sah! Suami isteri insaf mahu nikah semula
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buntu fikir nasib anak-anak, selama ini perkahwinan tak sah! Arwah isteri guna identiti orang lain masa nikah
Menurut Fahmi, mahkamah terus memendekkan kes dan menunjukkan satu kertas yang merupakan salinan fatwa daripada Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pada 10 Jun 1997.
Fatwa tersebut secara ringkasnya memutuskan bahawa pernikahan yang telah dinikahkan secara wali hakim oleh Bekas Naib Kadi Gopeng bernama Mohd Jamil Kechil selepas tarikh 22 Julai 1989 adalah tidak sah.
Ia berikutan, individu terbabit telah dilarang untuk berkhidmat sebagai wali hakim oleh kadi yang ketika itu bertindak sebagai wakil Sultan.
Mengakui terkejut dengan pernyataan Hakim Syarie, Fahmi kemudian membuat semakan dan menyedari fatwa berkenaan telah digazetkan dalam Negeri Perak sejak 1997 lagi.
Anak wati syubhah boleh dinasabkan kepada bapanya dan berhak untuk menerima perwalian bagi pernikahan serta hak perwarisan pusaka.
KHAIRUL FAHMI RAMLI
"Makcik tu terkejut apabila mahkamah menyatakan perkahwinannya tidak sah.
"Sudahlah telah berkahwin sejak sekian lama. Nak nikah semula pun, suami telah meninggal dunia," tambahnya yang turut menyeru mereka yang bernikah menerusi wali hakim di bawah nama Bekas Naib Kadi Gopeng terbabit untuk tampil membuat pengesahan perkahwinan.
Dalam pada itu, Fahmi turut berkongsi beberapa perkara berkaitan status pernikahan tersebut termasuk nasab anak.
"Perkahwinan ini dinamakan sebagai nikah fasid iaitu perkahwinan yang syarat sah nikah tersebut rosak kerana seorang wanita yang hendak mendapatkan wali hakim perlu mendapatkan perintah mahkamah.
Antara reaksi warga maya.
"Anak-anak yang lahir daripada pernikahan fasid ini statusnya adalah anak wati’ syubhah iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan yang meragukan.
"Ia berbeza dengan anak tak sah taraf. Namun, jika dari awal pihak-pihak ini telah tahu pernikahan tersebut memang tidak sah, namun memejamkan mata sahaja, anak tersebut tetap dianggap anak tak sah taraf.
"Bagaimanapun, anak wati syubhah boleh dinasabkan kepada bapanya dan berhak untuk menerima perwalian bagi pernikahan serta hak perwarisan pusaka si bapanya," jelasnya lagi.
Bagaimanapun kesemua mereka mesti mendapatkan satu Perintah Pengesahan Nasab daripada mahkamah untuk mengesahkan status bagi menghilangkan keraguan.
Mengulas tentang perwalian pula, ujar Fahmi, anak-anak wati’ syubhah yang dinikahkan oleh bapa kandung adalah sah di sisi Mazhab Syafie.
Oleh itu, mereka tidak perlu membuat Permohonan Faraq Nikah.