suria

Mahasiswa universiti swasta dikelar, bekas teman lelaki direman 4 hari

Suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

SUSPEK yang mengelar seorang penuntut wanita di sebuah universiti swasta di Subang Jaya pada Isnin, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang merupakan seorang warga asing berusia 21 tahun, terhadap komen yang dibuat oleh mangsa.

Beliau menambah, mangsa kini masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa universiti swasta dikelar bekas kekasih

Dalam kejadian pada petang Isnin, seorang penuntut sebuah universiti swasta di Subang Jaya cedera parah selepas lehernya dikelar menggunakan pisau oleh bekas kekasihnya. 

Mangsa yang juga merupakan penuntut warga asing berusia 20 tahun, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Terdahulu Wan Azlan berkata, suspek diahan sejurus selepas kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. -The Star

 

Artikel Lain