RAGAM kanak-kanak di tempat awam khususnya di restoran dan kedai makan sentiasa menjadi perhatian ramai.
Terbaharu dalam insiden di sebuah restoran, budak lelaki yang dibiarkan duduk sendirian di atas lantai tanpa pengawasan ibu bapa atau waris dilihat menjadi punca hingga menyebabkan seorang pelayan terjatuh bersama hidangan yang dibawanya.
Berdasarkan rakaman kamera pengawasan premis terbabit yang disiarkan pengguna akaun @gangkumislangsa [Tonton Video], pelayan terbabit memegang dulang besar berisi pelbagai jenis hidangan.
Kelibat bapa budak terbabit muncul dari ruang sebelah.
Semasa proses penghantaran, dia tersandung dengan kaki budak lelaki terbabit yang berada di tengah laluan.
Situasi yang berlaku itu menimbulkan kekecohan di kedai berkenaan sehingga membuatkan seorang lelaki dipercayai bapa budak terbabit datang dari arah sebelah.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi merengek dalam ‘stroller’, mak ayah berselera isi perut... Pelanggan meja sebelah gelisah, rasa nak tolong dukung
ARTIKEL BERKAITAN: Mak malas keluar kereta, biar anak kecil ke kedai sendirian sambil pegang RM50! Kalau hilang tahu pula meraung
Seorang lagi pelayan membantu kanak-kanak terbabit dan menyerahkannya pada lelaki berkenaan.
Mereka berdua kemudiannya berlalu pergi.
Meskipun kejadian tersebut berlaku di Indonesia, namun video tular itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia.
- Budak duduk tengah laluan restoran, pelayan jatuh sebab tersandung.
- Bapa budak buat tak tahu, langsung tak bantu atau minta maaf.
- Video tular walau kejadian di Indonesia.
- Netizen kecam mak ayah cuai jaga anak.
- Ramai simpati kepada pelayan yang terlibat.
Ramai meluahkan rasa geram dan marah apabila bapa kanak-kanak terbabit tidak menunjukkan rasa bersalah mahupun membantu membersihkan kotoran yang berlaku.
"Kesiannya, aku tak kisah orang kata aku bising dekat tempat awam. Bising sebab kawal anak-anak aku daripada jadi perkara macam ni.
Warga maya meluahkan rasa geram terhadap ibu bapa budak terbabit.
"Aku lagi kesian pada akak tudung merah tu, dia tengah buat kerja kemudian budak tu pula duduk tengah jalan, kalau anak aku... memang aku libas kau ye.
"Mak ayah dia biarkan anak seorang kat situ kemudian mereka masih di ruang sebelah? Eh bodoh ke jaga anak macam tu?
"Meluat kat mak bapa yang suka lepas anak macam binatang main merata-rata kat kedai makan. Jauh pula anak meronda, tak takut kena culik ke," demikian reaksi warga maya.