ANAK kepada bekas Perdana Menteri ditahan pihak polis selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Damansara, Selangor pada Sabtu.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui kira-kira 3 gram dadah jenis heroin yang dipercayai disimpan suspek.
Penahanan tersebut dilakukan selepas anggota polis bertindak menghentikan kenderaan yang dipandu suspek untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. -The Star