suria

Gegaran gempa bumi susulan di Kluang, Segamat

Dua gegaran bermagnitud 2.8 berlaku di Kluang dan Segamat, Johor pada pukul 9 pagi, Ahad.

DUA gegaran gempa bumi dikesan berlaku di Kluang dan Segamat sekitar pukul 9 pagi Ahad.

Gegaran tersebut hanya berselang beberapa jam selepas daerah Segamat dilanda gegaran pertama sekitar pukul 6.13 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 4.1 magnitud di Segamat... Gegaran turut dirasai di Negeri Sembilan, Pahang

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kejadian di Kluang direkodkan dengan magnitud 2.8 pada jarak kira-kira 28 kilometer barat laut daerah itu.

"Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang.

"Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut kenyataan itu.

 

Artikel Lain