suria

Individu tapau 5 lauk kenduri dakwa kenal rapat, sering beri bantuan... Keluarga pengantin nafi - “Jiran belakang kampung je”

Tindakan membungkus lauk kenduri sebelum majlis tamat boleh memberi kesan besar pada tuan rumah. -Gambar hiasan

KECOH di media sosial apabila seorang individu membuat komen balas pada laporan berita mengenai lauk kenduri yang dibungkus tetamu sehingga menyebabkan makanan tidak mencukupi.

Komen itu dipercayai dibuat oleh salah seorang ahli keluarga yang dilaporkan membungkus lauk kenduri dengan mengaku tindakannya itu berlandaskan hubungan baik dengan pengantin dan keluarganya.

Malah dia turut mendakwa sering memberi bantuan kepada keluarga pengantin.

Susulan komen yang ditinggalkan, adik perempuan kepada pengantin tampil dengan tegas berkongsi hantaran menafikan 'hubungan' yang dinyatakan individu terbabit.

Komen balas individu yang didakwa membungkus lauk kenduri kakaknya.

Komen balas individu yang didakwa membungkus lauk kenduri kakaknya.

"Kami tiada apa-apa hubungan pun, mereka hanya jiran belakang kampung je... tak faham apa maksud dia bagi bantuan setiap bulan.

"Bukan keluarga saya duduk kampung pun, patutnya kami yang tak maafkan, ni yang tukang tapau pula tak maafkan," ujarnya menjelaskan situasi.

Wanita itu bagaimanapun mengakui gambar hidangan yang tular diambilnya dari status (WhatsApp) individu yang membungkus lauk kenduri dari rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tapau lauk kenduri sampai 5 jenis, siap buat status ‘hari ni cuti masak’! Tuan rumah tanggung malu makanan tak cukup

"Memanglah ambil dari status sebab aku tak nampak depan mata aku, kalau depan mata aku, memang aku sekolahkan.

"Ni abang ipar aku, kakak aku yang nampak korang sedap menapau masa orang tengah baca doa," tambahnya.

Menerusi hantarannya, dia turut berkongsi tangkap layar komen individu yang didakwanya membungkus lauk dari kenduri kakaknya.

  • Tular isu lauk kenduri ditapau tetamu sampai makanan tak cukup.
  • Individu terlibat muncul di ruang komen dan dakwa tindakannya berlandaskan ‘hubungan’ dengan pengantin.
  • Wanita nafikan dakwaan hubungan dan jelaskan mereka hanya jiran belakang kampung.
  • Gambar lauk tular diambil dari status WhatsApp individu terbabit sebab keluarga pengantin tak nampak kejadian secara langsung.
  • Individu terlibat dakwa beri bantuan bulanan pada keluarga pengantin serta tidak memaafkan pihak yang menularkan isu tersebut.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, individu itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan dengan pengantin, namun tidak menjelaskan sejauh mana 'ikatan' tersebut.

Malah, dia turut mengkritik pihak yang menularkan gambar hidangan lauk kenduri yang dikongsikan di status WhatsApp miliknya.

"Alahai orang tukang viral, kenapalah bodoh sangat, ambil gambar kita orang kat status, kalau betul kami macam tu, cuba ambil masa kami ambil lauk tu.

Bagi warga maya individu terbabit masih perlu meminta izin meskipun mempunyai hubungan rapat dengan pengantin.

Bagi warga maya individu terbabit masih perlu meminta izin meskipun mempunyai hubungan rapat dengan pengantin.

"Kenapa post gambar yang kami up kat status WhatsApp?

"Kalau nak up pun, cari tahu dulu hubungan kami dengan pengantin, macam mana status kami dengan keluarga pengantin," demikian penerangan individu yang didakwa membungkus lauk kenduri berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila individu ini juga mendakwa dia memberi bantuan setiap bulan kepada keluarga pengantin.

"Padahal kami bagi bantuan setiap bulan pada keluarga pengantin, tup tup ada yang viral kami curi lauk pengantin.

"Sedihnya orang tukang viral ni, apa-apa kami tak akan maafkan pada yang viral ini, kami tuntut pengadilan di akhirat kelak.

"Termasuk yang tak tahu apa-apa, (tapi) tiba-tiba komen bukan-bukan, padahal tak tahu hujung pangkalnya," luahnya lagi.

Artikel Lain