suria

Gempa ketiga di Johor, gegaran turut dirasai di Pahang

Gegaran gempa bumi lemah magnitud 3.2 berlaku di Johor, pagi Rabu.

GEMPA bumi lemah berukuran 3.2 magnitud telah dikesan berlaku di Johor pada pukul 8.59 pagi Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 18 kilometer di selatan Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

ARTIKEL BERKAITAN: Gegaran gempa bumi susulan di Kluang, Segamat

Gegaran dilaporkan turut dirasai di kebanyakan kawasan sekitar Johor serta beberapa kawasan di selatan Pahang.

MetMalaysia memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan gempa bumi berkenaan dan memberi makluman terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan.

"Mohon tuan atau puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini: https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7," menurutnya.

Pada Ahad, MetMalaysia melaporkan dua kali kejadian gempa bumi lemah di Johor masing-masing berlaku pada pukul 6.13 pagi dan 9 pagi. 

 

Artikel Lain