suria

[V] Kecoh! Usahawan produk kecantikan mengamuk diintip ketika mandi - “Kurang ajar sampah masyarakat”

Tangkap layar (screenshot) video tular memaparkan Datin Lyanaz sedang bersemuka dengan lelaki yang didakwa mengintipnya mandi (berbaju hitam).

SEORANG usahawan produk kecantikan berdepan dengan pengalaman pahit apabila mendakwa diintip oleh seorang pekerja homestay ketika sedang mandi di rumah inap tersebut.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa, usahawan dikenali sebagai Datin Lyanaz Hassan berkata dia tersedar seseorang sedang membuat rakaman menggunakan telefon bimbit ketika dirinya sedang mandi tandas, sebelum menjerit meminta bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian bertukar mimpi ngeri, wanita dakwa jumpa kamera tersembunyi dalam tandas homestay

"Staf aku dekat depan nampak dia kelam-kabut keluar dari semak samun lari. Terus buat laporan polis dan polis cari, dia tak ada dekat rumah. 

"Majikan dia (pemilik homestay) call pun dia tak angkat. Aku dapat alamat, terus aku cari parents dia. Parents dia bawa dia datang jumpa aku, nak minta jangan libatkan polis. 

"Maaf ya! Kena ajar, orang macam ni akan perlakukan maruah banyak mana orang lagi? Kalau tetamu homestay datang sini, berapa ramai lagi dia akan record?" luahnya di media sosial.

Perkongsian mengenai insiden berkenaan yang dikongsikan Datin Lyanaz di media sosialnya. 

Video [Tonton Video] kekecohan memaparkan keluarga serta staf usahawan itu yang sedang bersemuka dengan pelaku serta ibu bapanya, tular di laman sosial.

Bagaimanapun, lokasi homestay yang disewa usahawan tersebut tidak dinyatakan.

Pelaku juga didakwa telah mengaku mengintip dan merakam aksi usahawan berkenaan sedang mandi di tandas homestay berkenaan.

"Handphone dah rampas, banyak gila video-video blue dalam handphone budak tu. Kurang ajar sampah masyarakat," ujarnya sambal menambah, kes sudah diserahkan untuk siasatan pihak polis.

Menyangkal ia adalah strategi pemasaran, usahawan berkenaan berkata tindakannya adalah untuk mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita dan ibu. 

"Aku akan pastikan kes jenayah ceroboh hak privasi orang dan ke arah (gangguan) seksual tidak akan terlepas. Aku dah hubungi peguam aku.

"Aku akan pastikan (pelaku) meringkuk ke dalam, supaya benda-benda macam ni tidak akan terjadi lagi di hari mendatang pada wanita-wanita lain," ujarnya. 

Artikel Lain