GEMPA bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dikesan di Segamat, Johor pada pukul 4.24 pagi Jumaat.
Ia merupakan gempa bumi kelima yang melanda negeri itu dalam tempoh lima hari.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berpusat kira-kira 22 kilometer ke timur laut Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran dirasai di Johor. Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.
Segamat merekodkan empat gempa bumi, iaitu dua kali pada 24 Ogos serta masing-masing satu pada 27 dan 28 Ogos, dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.
Dalam pada itu, Facebook rasmi jabatan itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
"Allahuakhbar, makin kerap pula. Semoga Allah lindungi kita semua.
"Moga warga sekitar boleh persiapkan barang-barang emergency.
"Pray for Segamat, pray for Johor," tulis netizen.