SUASANA di sebuah pasar raya bertukar kecoh apabila orang ramai dilihat berebut bakul bagi menggunakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada Selasa.
Rakaman video yang tular [Tonton Video] memaparkan puluhan pelanggan berpusu-pusu masuk ke premis berkenaan sebaik pintu dibuka, hingga ada yang saling tarik-menarik bakul.
Keadaan kelam-kabut itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelanggan lain, malah ada yang hampir terjatuh kerana tolak-menolak ketika mahu masuk.
Berdasarkan rakaman dan komen netizen, kejadian dipercayai berlaku di Semporna, Sabah.
"Patutnya pasar raya buat giliran atau hadkan jumlah masuk, tak perlu sampai berebut macam ni. Bahaya kalau ada yang jatuh.
"Apa nak jadi ni? Semuannya nak berebut. Macam tiada hari esok.
"Buat malu je, semuanya dalam kad pengenalan boleh guna sampai hujung tahun," katanya.
Berdasarkan komen, ada sebahagian pengunjung pasar raya itu kemudian pulang hampa selepas sistem bagi menebus Penghargaan SARA tergendala.
"Last-last sistem tergendala. Berebut bakul macam nak gaduh, last tinggal macam tu je barang," katanya.
Lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 katgeori disediakan untuk Penghargaan SARA.
14 kategori itu merangkumi beras, telur, mi segera, makanan dalam tin, minuman, bahan perasa, biskut.
Selain minyak masak, roti, produk kebersihan diri, tepung, barangan kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.