suria

Zara Qairina dituduh mencuri sehari sebelum ditemukan tidak sedarkan diri, dipanggil hadiri perjumpaan haram ‘MA’

Zara Qairina dipanggil ke satu perhimpunan haram dikenali sebagai 'MA' sebelum kejadian.

PELAJAR tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dituduh mencuri wang sehari sebelum dia ditemukan terlentang di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Zara juga dipercayai dipanggil menghadiri satu perjumpaan haram yang dikenali sebagai 'MA' selepas aduan kes kecurian itu disampaikan kepada pelajar senior tingkatan empat sekitar pukul 8 malam, 15 Julai lalu.

Menurut laporan media yang mengikuti inkues berhubung kematian remaja itu, pengawal keselamatan asrama, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan mengenai kehilangan wang tunai RM300 serta kad bank pada malam tersebut.

Pelajar terbabit menuduh Zara sebagai individu yang mengambil wang tersebut.

Linah yang menjadi saksi keenam bagi kes tersebut juga berkata Zara dipanggil oleh pelajar senior selepas aduan itu dibuat.

Namun begitu, Linah menyatakan dia tidak mengetahui apa yang berlaku selepas itu.

Keterangan itu disampaikan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

Artikel Lain

Tiada had pembelian RON95 sekali sehari