suria

Cikgu disiplin jumpa rakaman video bogel pelajar sendiri dalam kelas, terbongkar kes rogol berkumpulan di sekolah

Ibu bapa serta penjaga perlu memantau kegiatan dan pergerakan anak mereka, khususnya golongan remaja. -Gambar hiasan

EMPAT remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah dalam daerah Baling, Kedah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan.

Kumpulan berkenaan juga didakwa menyebarkan bahan lucah membabitkan mangsa di media sosial.

Penahanan mereka dibuat susulan laporan seorang lelaki berusia 53 tahun yang dimaklumkan guru disiplin mengenai penularan rakaman video bogel anaknya. 

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, laporan itu diterima pada Ahad lalu kira-kira pukul 11 pagi.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis menahan tiga pelajar sekolah terbabit bersama seorang bekas pelajar pada pukul 9.30 malam hari sama bagi membantu siasatan.

Siasatan mendapati keempat-empat suspek dipercayai melakukan seks secara berkumpulan antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah termasuk di dalam kelas.

Semua suspek ditahan dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.

Artikel Lain

Ibu Hafiz Suip meninggal dunia