suria

Cinta terpendam berakhir tragedi... Rupanya suspek bunuh simpan perasaan terhadap mangsa

Shazeli Kahar berkongsi maklumat terkini mengenai kes bunuh pelajar SMK Bandar Utama 4 di Petaling Jaya.

PERASAAN cinta yang terpendam dipercayai menjadi asas kepada pembunuhan pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama 4 di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, suspek berusia 14 tahun itu dikatakan memendam perasaan cintanya terhadap mangsa meskipun berlainan kelas.

Ia berikutan kedua-dua mereka adalah daripada kelas peralihan dengan suspek berada di tingkatan satu manakala mangsa, tingkatan tiga.

"Setakat ini, siasatan mendapati suspek mempunyai perasaan (cinta) tetapi tidak dikongsikan kepada mangsa. Lebih kepada memendam perasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan maut ditikam pelajar junior di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki tikam senior direman 7 hari, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

"Mangsa juga tidak mengetahui perasaan suspek itu,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Malah kata Shazeli, kedua-duanya tidak mempunyai hubungan atau interaksi sebelum kejadian.

Selain itu, tegas beliau tindakan suspek dipercayai terdorong oleh emosi dan pengaruh media sosial.

Ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah mental, Shazeli berkata, buat masa ini pihaknya belum dapat mengesahkan keadaan kesihatan mental suspek itu.

Dalam pada itu beliau turut mendedahkan bahawa suspek membeli senjata jenis kerambit dan dua pisau, daripada aplikasi e-dagang.

"Siasatan awal mendapati keluarga suspek tidak tahu mengenai pembelian (senjata itu).

"Kami masih menyiasat untuk memastikan platform dalam talian yang digunakan, dan berapa lama dia memiliki senjata itu," tambahnya sambil menjelaskan hanya satu senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Shazeli turut mengesahkan tiada pemeriksaan dilakukan ke atas beg suspek sebelum dia memasuki sekolah berkenaan.

 

 

 

Artikel Lain

Ibu Hafiz Suip meninggal dunia