suria

Pelajar UM maut jatuh dari kolej kediaman, punca masih dalam siasatan

Bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar Universiti Malaya (UM) disahkan maut selepas terjatuh dari salah satu bangunan kolej kediaman institut pengajian tinggi itu kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.

UM dalam satu kenyataan mengesahkan pelajar terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Namun punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

"UM kini memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan.

"Melalui jabatan hal ehwal pelajar, universiti memberikan sokongan dan bantuan penuh kepada keluarga si mati bagi menghadapi masa sukar ini," demikian menurut kenyataan itu.

Universiti itu juga menggesa orang ramai supaya menghormati privasi keluarga si mati dan mengelak spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes berkenaan.

"Sebarang maklumat rasmi akan dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui Pusat Komunikasi Korporat universiti," tambahnya. -The Star

Artikel Lain