suria

Dari bilik kecil di Shah Alam, cipta sejarah dalam dunia Pokemon... Pemuda berjaya jual koleksi kad RM1.87 juta!

Koleksi kad Pokemon Damiral Imran yang berjaya dijual pada nilai RM1.87 juta. -Foto Facebook Damiral Imran

SEORANG lelaki menarik perhatian ramai apabila mendakwa berjaya menjual koleksi kad Pokemon miliknya pada harga RM1.87 juta pada Isnin.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh lelaki yang dikenali sebagai Damiral Imran menerusi hantaran di Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia).

Damiral menyatakan rasa syukur atas kejayaan jualan berkenaan, iaitu kurang 10 hari selepas dia menyatakan hasrat untuk menjual koleksi tersebut pada 18 Oktober lalu.

“Koleksi kad Pokémon saya dengan rasmi terjual RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam hingga mencipta sejarah dalam dunia Pokémon. 

"Ini bukan sekadar jualan, ini kisah tentang semangat, usaha dan legasi,” katanya.

Damiral Imran memuat naik hantaran memaklumkan koleksi kad Pokemon miliknya berjaya dijual. -Foto Facebook Damiral ImranDamiral Imran memuat naik hantaran memaklumkan koleksi kad Pokemon miliknya berjaya dijual. -Foto Facebook Damiral Imran

Koleksi milik Damiral dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dan terdiri daripada ratusan kad serta kotak yang disusun rapi di dalam sebuah bilik.

Sebelum terjual, Damiral mendedahkan telah menerima tiga tawaran pembeli dengan bidaan tertinggi mencecah RM1.68 juta. 

Damiral turut membuka pilihan trade-in dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta, selain menawarkan komisen RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya membantunya mencari pembeli.

Menariknya, pembeli bertuah turut menerima kad One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma sebagai tambahan.

Artikel Lain