suria

Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari

Kalendar akademik 2026 akan kembali bermula pada Januari.

KALENDAR akademik 2026 bagi semua sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan kembali bermula pada Januari secara rasmi, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurut Fadhlina, sesi persekolahan bagi tahun 2026 akan berlangsung dari 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri Kumpulan A, dan dari 12 Januari hingga 31 Disember bagi negeri Kumpulan B.

Kalendar akademik 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi (http://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi).

Fadhlina turut menjelaskan peralihan semula kepada kitaran akademik bermula Januari dilaksanakan secara berperingkat dan teratur tanpa menjejaskan operasi institusi pendidikan.

“Pencapaian ini mencerminkan hasil perancangan rapi serta komitmen tinggi warga pendidikan di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, usaha itu juga menunjukkan tekad kementerian untuk terus mengutamakan kebajikan murid, guru dan seluruh komuniti sekolah.

 

Artikel Lain