suria

Dua warga emas lemas, kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan arus ketika menyeberangi sungai

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua warga emas dihanyutkan arus ketika menyeberangi Sungai Moroli.

DUA lelaki ditemukan lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Sungai Moroli, Kampung Narawang, Ranau pada Sabtu.

Mayat mangsa berusia 69 tahun yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan dan rakannya yang berusia 61 tahun, ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lokasi kenderaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, mangsa pertama ditemui pada pukul 11.18 pagi, manakala mangsa kedua ditemui kira-kira satu kilometer dari mangsa pertama pada pukul 11.48 pagi.

"Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 10.22 pagi. Mangsa berada dalam kenderaan 4WD dan sedang cuba merentasi Sungai Moroli, namun arus deras telah menyebabkan kenderaan mereka dihanyutkan arus," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan bantuan 25 penduduk kampung serta dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -The Star

 

Artikel Lain