suria

Raih ‘title’ Ironman Malaysia 2025, Syed Saddiq sumbang RM1 juta kepada Muar

Syed Saddiq menangis selepas berjaya menamatkan larian berkenaan.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan perlumbaan Ironman Malaysia 2025 dan membawa pulang insentif RM1 juta dengan catatan mata 12 jam 22 minit.

Teruja dengan kemenangan kejohanan triathlon yang berlangsung di Langkawi, Kedah pada Sabtu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengumumkan sumbangan yang diterima akan disalurkan terus kepada penduduk Muar, Johor.

"Aku buat ni untuk Muar. Bantuan kebajikan bernilai RM1 juta berjaya dikumpul dan cabaran pun selesai," ujarnya.

Dalam pada itu Syed Saddiq, 32, mengakui perlumbaan tahun ini agak mencabar berbanding tahun sebelumnya kerana hampir pitam dan sering mengalami kekejangan otot.

"Ya, aku menangis. Menangis teruk. Tapi semuanya berbaloi.

"Berkali-kali rasa nak pitam, satu badan kejang, keluar masuk tandas sebab muntah dan makanan langsung tak dapat hadam," tambahnya.

Syed Saddiq turut berkongsi rekod peribadi baharu yang berjaya dicapai iaitu 12 jam 22 minit berbanding 13 jam 13 minit pada 2024.

Malah katanya, dia berjaya memotong masa 48 minit meskipun menyifatkan larian kali ini kurang memuaskan.

Terdahulu, beliau berjaya menamatkan cabaran tiga disiplin, berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km.

Ia sekali gus menepati syarat ditetapkan syarikat pengeluar fesyen tempatan, Prima Valet (PV), untuk memperoleh insentif yang ditetapkan.

Artikel Lain