suria

Ditembak di rumah, rakyat Malaysia di Golok maut

Pertikaian hutang menjadi motif pembunuhan. -Gambar hiasan

SEORANG rakyat Malaysia maut selepas ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand.

Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali dari Pasir Mas, Kelantan disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Golok sekitar pukul 6.40 petang.

Jurucakap polis Narathiwat berkata, siasatan awal mendapati kes itu berpunca daripada pertikaian hutang.

Ia berdasarkan temu bual dengan beberapa saksi berhampiran tempat kejadian.

"Mangsa ialah warganegara Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di kawasan perbandaran ini. 

“Suspek ialah seorang lelaki tempatan (Thailand) yang menyerang mangsa menggunakan pistol 9mm," ujarnya.

Bagaimanapun, suspek melarikan diri selepas menembak mangsa.

Jurucakap itu berkata identiti suspek telah dikenal pasti dan pihaknya sedang mengesan. -The Star

Artikel Lain