suria

Lelaki bujang hanya berseluar dalam ketika dicekup tidur berpelukan dengan isteri orang

Anggota penguat kuasa JAINJ menjalankan operasi menahan pasangan berkhalwat di Segamat. -Foto JAINJ

SEORANG lelaki bujang ditangkap bersama seorang wanita berstatus isteri orang selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Segamat, Johor, awal pagi Selasa.

Serbuan dilakukan sekitar pukul 12.30 tengah malam selepas pihak JAINJ menerima aduan awam mengenai kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan.

Menurut JAINJ, sebaik tiba di lokasi, pintu pagar didapati terbuka manakala pintu rumah pula tidak berkunci. 

Anggota penguat kuasa yang masuk ke dalam rumah mendapati suasana gelap sebelum menghidupkan lampu dan menemui pasangan berusia 20-an berkenaan sedang tidur di ruang tamu.

“Lelaki itu hanya berseluar dalam, manakala wanita terbabit berpakaian t-shirt dan skirt labuh.

"Mereka didapati tidur berpelukan di atas tilam nipis di ruang tamu bersama dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun yang merupakan anak wanita tersebut,” menurut perkongsian JAINJ di Facebook.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati rumah itu adalah milik lelaki berkenaan yang tinggal bersama ibu serta adik-beradiknya.

"Wanita tersebut difahamkan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya dan sering dibantu oleh lelaki berkenaan.

“Bagaimanapun, bantuan itu melampaui batas apabila mereka didapati tidur bersama di rumah itu,” katanya.

Pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat JAINJ untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Anggota keluarga lain di rumah itu turut diminta hadir ke pejabat penguat kuasa bagi membantu siasatan.

 

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan