suria

Lepas tekup anak 4 tahun dengan bantal sampai mati, ibu gantung diri di kipas siling... Tinggal nota akhir pada akuarium

Nota dilekat di akuarium di ruang tamu rumah tersebut. -Foto ihsan polis

SEORANG wanita dipercayai membunuh anak perempuan berusia empat tahun sebelum menggantung diri di rumahnya di Taman Perak, Kulim di Kedah, pada Selasa malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, wanita berusia 30 tahun itu ditemukan tergantung pada kipas siling di bilik tidur utama, manakala mayat anak perempuannya berada di atas tilam dalam bilik sama.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan dipercayai menekup muka anaknya dengan bantal sebelum membunuh diri akibat tekanan perasaan dan kekecewaan terhadap teman lelaki yang didakwa curang.

Polis turut menemui dua nota tulisan tangan berisi permohonan maaf dan luahan kecewa terhadap masalah peribadi yang dihadapinya.

Dalam nota itu, wanita berkenaan menyatakan tidak sanggup menanggung sakit hati serta mendakwa anak-anaknya tidak boleh tinggal dengan orang lain.

Kejadian itu disedari selepas anak lelakinya berusia tujuh tahun menjerit meminta pertolongan.

Kanak-kanak itu ditemukan dengan kesan jerut dan lebam di leher, namun sempat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan.

Pemeriksaan polis mendapati tiada kesan pecah masuk di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel Lain