KEPUTUSAN untuk berhenti kerja bukanlah satu perkara kecil dan boleh dipandang ringan.
Justeru kita sering dinasihatkan supaya tidak mengikut emosi dan membuat persediaan secukupnya sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan.
Di aplikasi TikTok, seorang penganggur meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang menyesal kerana berhenti kerja.
Setiap orang memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. -Gambar hiasan
Lebih malang, dia juga terpaksa berlakon keluar bekerja setiap hari kerana perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya.
"Aku menyesal buat keputusan bodoh hanya disebabkan tawar hati aku berhenti kerja. Zaman sekarang susah nak dapat kerja.
"Kenapalah aku bodoh sangat buat keputusan ini? Aku resign tanpa keluarga aku tahu. Jadi setiap hari aku kena berlakon pergi kerja," tulisnya.
Tiap bulan korek duit simpanan, tapi ia bertahan empat bulan saja.
PENGANGGUR
Dalam fasa menganggur, individu itu melakukan kerja-kerja penghantaran namun upah yang diterima tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.
Lebih membuatkan dia tertekan, kebanyakan syarikat hanya mendiamkan diri setiap kali dia menghantar emel memohon pekerjaan.
"Ada komitmen kereta nak bayar. Jadi hasil job (Lalamove) itu sebenarnya tak cukup duit nak bayar kereta. Makan minum? Siang aku tak makan, bawa air masak dari rumah. Balik rumah baru aku makan, mak masak.
ARTIKEL BERKAITAN: Mohon AL wajib tunjuk dokumen sokongan, majikan tak layan alasan ‘hal peribadi’! Patutlah ramai ‘resign’ 24 jam
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa
"Tiap bulan korek duit simpanan, tapi ia bertahan empat bulan saja. Dalam tempoh ini, aku apply syarikat lain tapi semua mendiamkan diri. Tak respon emel. Aku makin stres," ceritanya lagi.
Pada akhir perkongsiannya, individu itu memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak bertindak melulu seperti dirinya yang berhenti kerja secara melulu.
Malah, dia turut memohon doa orang ramai agar dirinya dikurniakan rezeki pekerjaan baharu tidak lama lagi.
Kerjaya sebagai rider menjadi pilihan penganggur sementara mereka mendapat pekerjaan baharu. -Gambar hiasan
"Sesiapa yang nak berhenti kerja tu, pastikan dah dapat kerja baharu. Jangan sesekali berhenti tanpa back up plan. Fikir panjang dulu sebelum buat apa-apa keputusan.
"Doakan urusan pencarian kerja saya dipermudahkan. Doakan saya dapat kerja baru secepat mungkin. Saya dah tak mampu dah. Saya perlukan duit," tulisnya lagi.
Perkongsian yang dibuat individu itu menerusi aplikasi TikTok menerima hampir setengah juta tontonan.