SEKITAR Januari lalu, tular video seorang nenek yang duduk di luar dewan sebuah sekolah sambil membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Susulan video tular itu, ramai netizen mendoakan cucu kepada warga emas itu dapat menjawab kertas SPM dengan tenang serta memperoleh keputusan yang cemerlang.
Bagai dijangka ramai, cucu kepada warga emas itu berjaya meraih 9A (4A+ dan 5A) selepas keputusan SPM 2024 diumumkan pada Khamis.
Tangkap layar video yang tular di TikTok.
Kisah kecemerlangan pelajar lelaki itu dikongsi oleh seorang guru kaunselor, Muhamad Nazri menerusi aplikasi TikTok.
"Viral nenek baca Yasin masa cucul ambil SPM? Korang nak tengok hasilnya?" tulis Muhamad Nazri pada kapsyen video.
Menerusi video dikongsi, kelihatan remaja lelaki itu ditemani seorang individu, dipercayai bapanya.
Alhamdulillah. Bangga saya. Tahniah buat awak dan terutamanya nenek awak.
NETIZEN
Bagaimanapun, nenek kepada pelajar itu tidak kelihatan dalam video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah kepada pelajar itu serta neneknya.
"Alhamdulillah tahniah dik. Berjurai air mata sebab kau dik. Pengorbanan orang tuamu.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis baru habis SPM ‘sakit jiwa raga’ disuruh jaga adik-adik di rumah… Nak kerja tak boleh, keluar lepak pun dihalang!
ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mama dan baba juga” - Anak Fadhlina Sidek cemerlang SPM, beri kebebasan pilih jurusan
"Alhamdulillah. Bangga saya. Tahniah buat awak dan terutamanya nenek awak.
"Tahniah untuk cucu, tahniah untuk nenek yang hebat.
"Nenek dah berjaya tau! Love nenek," tulis netizen.
Video warga emas itu membaca Yassin di luar dewan peperiksaan tular pada awal tahun ini.
Untuk rekod, video warga emas itu tular pada Januari lalu selepas ia dikongsi oleh seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong menerusi TikTok.
Difahamkan, warga emas itu mahu memberi semangat kepada cucunya yang baru sahaja kematian ibunya pada Oktober tahun lalu.