SEMUA sedia maklum, bersalin di hospital swasta menelan kos yang lebih besar berbanding hospital kerajaan.
Namun bagi sesetengah ibu mengandung, faktor keselesaan dan layanan lebih menjadi keutamaan walaupun perlu mengeluarkan belanja yang tinggi.
Begitulah dilema dialami oleh seorang wanita apabila menerima ‘pesanan khas’ daripada ibu mentua agar tidak bersalin di hospital swasta.
Kebanyakan wanita lebih memilih untuk bersalin di hospital swasta kerana kemudahan yang disediakan. -Gambar hiasan
"Kalau mak mentua dah pesan awal-awal jangan bersalin dekat hospital swasta sebab orang yang bersalin dekat swasta ni orang bodoh je.
"Patut ke saya ikut (untuk tidak bersalin di hospital swasta). Sebab sejujurnya saya nak ke swasta," luahnya dalam hantaran di media sosial.
Namun apa yang lebih mengelirukan, ibu mentua itu sendiri pernah melahirkan enam orang anaknya di hospital swasta.
Malah bukan itu saja, anak perempuannya sendiri juga dikatakan memilih tempat yang sama untuk bersalin.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tergamak jual anak lelaki, tanggung kos isteri bersalin di hospital swasta
ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil
Menurut wanita itu, suaminya juga buntu untuk membuat keputusan dan dalam masa sama mahu mengelak berlaku konflik antara isteri dan ibunya.
"Suami tak tahu nak ikut yang mana. Saya tak nak dicop 'menantu hantu' ke apa.
"Masalah dengan mak mentua ni, dia takut duit anak dia habis dekat isteri sendiri," jelasnya.
Lebih menyedihkan, keluarga mentua dikatakan memang ‘ada sejarah’ dengan menantu perempuan.
Tapi apa-apa pun jangan melawan atau bergaduh dengan mak mentua tu.
NETIZEN
Tiga orang birasnya pernah mengalami masalah dengan keluarga mentua, semuanya berpunca daripada isu duit.
"Dari awal lagi keluarga mentua ni ada masalah dengan biras perempuan. Semua punca duit.
"Awal-awal lagi dia sudah pesan pada anak-anak lelaki dia untuk cari perempuan yang 'biasa' dan bukan mata duitan sebab takut anaknya itu 'disakau' atau dikikis oleh isteri nanti," ceritanya lagi.
Perkongsian wanita itu menarik perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.
Komen netizen di media sosial.
Ramai yang memberi cadangan agar dia tetap berpegang kepada keputusan sendiri, namun dengan pendekatan yang bijak.
"Bila mak mentua cakap, dengar je. Jangan melawan. Tapi masa bersalin, beranak je dekat hospital swasta. Dia nak bising ke apa biarkan saja.
"Kalau dia tanya nanti nak bersalin dekat mana, cakap belum putuskan lagi. Lepas dah daftar untuk beranak di hospital baru la beritahu.
"Tapi apa-apa pun jangan melawan atau bergaduh dengan mak mentua tu," komen salah seorang netizen memberi pandangan.