DALAM era media sosial yang serba pantas kini, macam-macam perkara dikongsikan untuk tatapan warga maya sama ada aktiviti seharian, idea ataupun tip, luahan perasaan dan sebagainya.
Ada kalanya perkara kecil pun boleh dijadikan isu besar sebagaimana hantaran seorang individu yang mendakwa nama anaknya 'diciplak' orang terdekat.
"Sejak viral nama Ayden, saya panggil anak saya sebagai 'Deden'. Hanya saya yang guna nama ini. Tiba-tiba anak engkau baru lahir nak tiru nama Deden juga.
"Ayden dah tiru, Deden pun nak tiru juga. Annoying pula rasa. Carilah nama manja lain untuk anak lelaki awak. Janganlah tiru-tiru, dah tak special dah nama Deden," demikian tulis individu berkenaan.
Anak merupakan anugerah tidak ternilai buat pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
Berasa terpanggil untuk mengulas perkara ini, seorang pelayar tampil meluahkan pandangan dan menegur tindakan individu tersebut yang disifatkannya sebagai keterlaluan dan berlebihan dalam memperbesarkan perkara yang sebenarnya tidak mendatangkan mudarat.
Menurut pelayar tersebut, nama anak bukanlah hak milik eksklusif yang boleh 'dituntut' atau dilabel sebagai hasil ciptaan peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu enggan daftar anak masuk sekolah, takut diam-diam si manja belajar mencarut - “Jahat ke saya?”
ARTIKEL BERKAITAN: Budak manja tiada adab datang beraya siap minta password iPad, buka peti ais! Ibu ‘panas’ tuan rumah ‘sound’ anak
"Memang dalam dunia ni dia seorang je boleh letak nama anak dia Ayden? Dan panggil anak dia Deden?
"Nama anak saya Ayden ***** dan kadang kala saya panggil dia Deden like spontaneous. Tak ada pula terfikir nak tiru sesiapa. Anak saya, suka hatilah nak panggil dia apa pun?
"Peliklah. Orang macam ni pun ada. Seriously tak faham kenapa nak ada rasa trigger macam tu. Tenang-tenang sudahlah. Tak ada istilah tiru meniru pun," tulisnya.
Merepek-repek je mak mak 'terpaling', mengalahkan anak raja.
NETIZEN
Malah tambahnya, di juga pernah berjumpa dengan kanak-kanak yang mempunyai nama yang benar-benar sama seperti nama anaknya, namun dia menganggap ia adalah kebetulan dan langsung tidak tergugat.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut sependapat dengan pelayar berkenaan malah menganggap sikap individu yang membangkitkan isu persamaan nama itu sebagai tidak matang.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Merepek-repek je mak mak 'terpaling', mengalahkan anak raja.
"Terpalingnya. Macam dia seoranglah pemilik nama Ayden Deden dekat muka bumi ini.
"Tiru? Dia sendiri ambil nama Ayden tu dari mana? Media sosial? Google? Buku nama? Novel? Ke dengar dekat mana-mana? Kira dia pun dah meniru dari awal la, kan?" demikian antara komen netizen.