suria

Bekas kakak ipar ‘spill the tea’, dakwa adik meringkuk di lokap sebab kes Kim Seri - “Jawapan kenapa dia masih lepas bebas”

Seorang individu dipercayai bekas kakak ipar Kim Seri menuntut pempengaruh itu menyerah diri kepada polis.

BARU sahaja berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya pada Rabu, nama pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Kim Seri sekali lagi 'panas' susulan pendedahan yang dibuat seorang individu, dipercayai bekas kakak iparnya.

Menerusi pendedahan terbaharu di Facebook, individu bernama Nor Seri Azlina Bustani mendakwa adik lelakinya yang merupakan bekas suami kepada Kim Seri kini meringkuk dalam penjara kerana terpalit dengan kes jenayah melibatkan pempengaruh tersebut. 

"Video dan jawapan kenapa Kim Seri masih lepas bebas. Sebab bekas suami yang tanggung segala jenayah dia asbab semasa masih suami isteri, bekas suami bukakan akaun SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), akaun company untuk dia buat travel agency.

Kim Seri sah bergelar isteri kepada jejaka Korea pada Rabu.

"Jadi bila kes viral orang report, bekas suami yang hadap kes polis dan segala jenayah dia. Sekarang bekas suami masuk lokap, kena roadshow lokap sebab hadap 47 kes jenayah dia.

"Yang buat (jenayah) hidup lepas bebas bahagia dekat Korea sana siap nikah dah semalam, sedangkan bekas laki meringkuk dekat sel atas segala jenayah dia," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Menerusi hantaran tersebut, Nor Seri Azlina turut memuat naik video memaparkan perbualan yang didakwa antara dia dan pempengaruh berkenaan, menerusi mesej (Messenger) di Facebook. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seri sah bergelar isteri jejaka Korea, tak pernah lupa ada hutang belum dilangsaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seri mohon maaf, janji buat bayaran balik... Minta pelanggan sabar, tak dapat langsai semua sekali gus

Antara kandungan perbualan, wanita itu menggesa bekas adik iparnya untuk tampil dan bertanggungjawab atas dakwaan kes penipuan yang dihadapinya itu. 

"Tengoklah conversation dia dengan saya. Dia sendiri mengaku bekas suami tak bersalah dan tak tahu apa-apa. Saya yakin setiap mangsa yang tertipu berurusan dengan Kim Seri dan bukan adik saya.

"Adil ke orang yang tak bersalah tanggung segala jenayah dia? Duit travel orang bayar bukan dia beli tiket atau booking hotel.

"Tapi digunakan untuk penuhi impian dia buka restoran berharga satu juta dekat Korea, buka butik. Dia bukan anak orang kaya ye. Dia datang Korea untuk belajar. 

"Hujung-hujung fitnah bekas suami curi duit bagai. Doakan adik saya yang teraniaya dipermudahkan segala urusan," tulisnya lagi.

Sekarang bekas suami masuk lokap, kena roadshow lokap sebab hadap 47 kes jenayah dia.

BEKAS KAKAK IPAR KIM SERI

Sehingga kini hantaran yang dimuat naik pagi Khamis itu meraih lebih 15,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa adik lelakinya. 

Sementara itu, Kim Seri menerusi catatan di laman Instagram Story pada Khamis menulis bahawa dia enggan mengambil pusing sebarang komen negatif yang dilontarkan, selain turut memuat naik perkongsian berunsurkan motivasi. 

Hantaran terbaharu Kim Seri pada pagi Khamis.

Nama Kim Seri menjadi perhatian warga maya selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan miliknya di Korea Selatan, melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM500,000.

Susulan dakwaan itu, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk memulangkan semula wang pelanggan yang terjejas selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain