TIDAK semua wanita bersikap dahagakan perhatian atau suka meminta-meminta sama ada wang atau hadiah daripada lelaki selagi belum bergelar isteri.
Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi prinsip hidupnya yang mahu bersederhana dan menjaga batas pergaulan dalam soal cinta dan jodoh.
Meskipun mengakui tidak memiliki rupa paras yang cantik, dia juga enggan berlebihan dalam hubungan kerana merasakan semuanya hanya patut dilakukan selepas bernikah.
Dilema apabila masih tidak berjodoh sering dialami oleh golongan wanita lanjut usia. -Gambar hiasan
"Saya tak lawa sebab tu saya tak pernah demand apa-apa daripada lelaki... rasa tak layak. Tak pernah minta duit, tak pernah minta apa-apa pun.
"Konsep saya, lepas kahwin baru boleh minta sebab sudah halal jadi suami. Sisi manja saya pun tak tunjuk sebab belum halal," katanya.
Dalam pada itu dia juga menceritakan pengalaman lama di mana seorang lelaki pernah bertanya kenapa dia enggan membonceng motosikal bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih belum terlewat untuk wanita berumur cari jodoh... Boleh cuba tip ini, segera mulakan langkah
ARTIKEL BERKAITAN: Syawal tiba lagi, jodoh masih tak muncul... Jangan stres, ini jawapan jika ditanya ‘bila nak kahwin?’
Malah lelaki itu menyatakan bahawa dia tidak boleh menjadikan wanita itu sebagai pasangan hidup jika tidak mahu bersusah senang bersama.
"Saya cakap belum halal macam mana nak naik motosikal sekali. Lepas tu dia terus reject saya.
"Kadang-kadang rasa Allah tak bagi saya bercinta sebab nak 'jaga' saya. Nanti suami saya tu la lelaki pertama akan buat semua tu.
Saya cakap belum halal macam mana nak naik motosikal sekali.
PENGADU
"Naik motosikal sekali, tengok wayang berdua sekali sebab sebelum ini saya memang tengok wayang sorang-sorang," katanya.
Bahkan, dalam setiap doa pengadu turut menegaskan bahawa dia reda jika Allah melambatkan jodohnya asalkan dirinya mendapat yang terbaik.
Antara komen netizen pada hantaran asal.
Seiring dengan perkongsiannya itu, ramai netizen memberikan sokongan positif selepas hantarannya tular di media sosial.
"Insya-Allah lelaki yang tepat akan lihat awak bangun tidur pun cute sis. Sudah berpeluh-peluh masak dekat dapur pun dia akan cakap wangi sambil peluk-peluk lagi.
"Saya doakan awak dapat jodoh yang betul-betul sayang awak seperti yang awak nak," ujar seorang netizen dalam hantaran tersebut.